PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius hampir semua negeri di Semenanjung dan Sabah bermula hari ini.
Menurut MetMalaysia, jangkaan cuaca panas dan kering ini dijangka berlarutan sepanjang tempoh tujuh hari yang melibatkan beberapa tempat di semua negeri Semenanjung.
Dalam pada itu, beberapa daerah di Sabah juga diramal menghadapi cuaca yang sama iaitu di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan.
“Sebaliknya, hujan, ribut petir dan angin kencang cuaca lembap berpotensi berlaku di Sarawak yang melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Bintulu, Betong, dan Sibu dengan taburan hujan pada sebelah petang yang boleh berlarutan hingga ke awal pagi.
“Amaran cuaca panas dapat diramalkan sekiranya taburan hujan minimum direkodkan,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE