fbpx

Bayi Orang Asli sukar bernafas naik helikopter bomba ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rayyan dibawa menaiki helikopter untuk rawatan lanjut ke Hospital Gua Musang semalam. - Foto IHSAN UNIT UDARA JBPM

GUA MUSANG – Seorang bayi lelaki Orang Asli berusia empat bulan yang mengalami masalah pernafasan dibawa menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menerima rawatan di Hospital Gua Musang, di sini semalam.

Rayyan March yang sukar bernafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan diiringi ibunya, Lisa Awis, 32, ke hospital.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Rizzan Jefri berkata, pesakit dibawa keluar menggunakan helikopter jenis Mi-171 bersama dua orang kakitangan kesihatan.

Katanya, bayi berkenaan mengalami demam panas, batuk dan selsema selama tiga hari.

Rayyan dibawa menaiki helikopter untuk rawatan lanjut ke Hospital Gua Musang semalam. – Foto IHSAN UNIT UDARA JBPM

“Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor pada pukul 1.30 petang dan tiba di Kampung Tendrik pukul 2.45 petang.

“Pesakit bersama pengiring dibawa keluar ke Hospital Gua Musang oleh jururawat Kementerian Kesihatan (KKM) dengan dibantu empat anggota Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB),” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Rizzan memberitahu, pesawat tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Gua Musang kira-kira pukul 3.25 dan pesakit dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

Katanya, operasi pemindahan perubatan (Medevac) terbabit melibatkan sembilan anggota yang diketuai oleh juruterbang Amir Fitri Salim dan pembantu juruterbang Ahmad Hafiz Sulaiman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI