fbpx

Penduduk Grobogan solat tarawih atas katil akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa banjir di Grobogan menunaikan solat di atas katil - OKEZONE

JAKARTA – Beratus-ratus ribu penduduk dari 12 mukim di Grobogan, wilayah Jawa Tengah, tidak dapat menunaikan solat Tarawih seperti biasa, malah terpaksa berbuka puasa di dalam banjir, lapor laman berita Okezone semalam.

Seorang penduduk Grobogan berusia 40 tahun dikenali sebagai Ngatiman bagaimanapun berkata, dia menganggap banjir di bulan  Ramadan adalah rahmat Allah.

“Alhamdulillah, kami masih boleh berbuka puasa walaupun kami terpaksa menikmati makanan dalam keadaan air memasuki rumah pada ketinggian atas buku lali. Rumah kami digenangi air banjir,” katanya.

Keluarga Ngatiman juga  tidak dapat menunaikan solat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau. 

Ini kerana air di luar rumah cukup tinggi sehingga melebihi paras lutut orang dewasa.

Malah, beberapa tempat ibadat turut dinaiki air, yang dilaporkan mula masuk sekitar petang sebelum waktu Maghrib. 

“Walaupun tidak dapat berjemaah, kami bersyukur kerana kami masih boleh menunaikan solat di rumah menggunakan katil atau meja yang dibersihkan dan diatur kemudian,” sambung Ngatiman yang juga Pesuruhjaya KPU Grobogan. 

Sementara itu, menurut rekod Badan Pengurusan Bencana Daerah(BPBD), lebih daripada 12 mukim di Grobogan turut terjejas akibat banjir dan paras air dilaporkan berbeza, iaitu antara pergelangan kaki hingga atas perut orang dewasa. 

Bagaimanapun, pegawai BPBD dan pasukan mencari serta  pihak berkuasa  lain sudah bersiap sedia untuk memberikan bantuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI