fbpx

Jawi datang 11 malam, bukan 3 pagi – Risteena Munim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI kakak, Risteena terpanggil memberi pencerahan mengenai situasi sebenar kejadian tangkapan khalwat membabitkan Ruhainies dan Aliff Aziz pada Sabtu lalu.

MENJELASKAN situasi ketika tangkapan khalwat membabitkan adiknya, Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz, Risteena Munim menunjukkan bukti dia hanya terlewat setengah jam sebelum pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tiba di lokasi kejadian iaitu pukul 11 malam, bukan 3 pagi seperti digembar-gemburkan.

Kata pelakon itu, mereka sudah berjanji untuk makan malam bersama-sama selepas Ruhainies selesai penggambaran, namun disebabkan kesesakan dia tiba di kondominium terbabit pada pukul 11.30 malam.

“Ya, saya sepatutnya berada di sana tetapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya.

“Saya sampai di rumah Ruhainies pukul 11.30 malam. Isu 3 pagi Jawi datang rumah adalah tidak benar,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.

Hantaran pelakon Hantu Wangan itu dibuat beberapa minit selepas adiknya dengan Aliff berkongsi kenyataan sekitar tengah malam tadi berhubung serbuan dilakukan penguatkuasa Jawi pada 8 Mac lalu.

Menerusi perkongsian sama, Risteena yang juga isteri kepada pelakon Isa Khan turut menunjukkan tangkap layar
perbualan bersama Ruhainies di aplikasi WhatsApp.

Dalam mesej dipaparkan, pada pukul 7.21 malam, adiknya ada bertanyakan kepada Risteena sama ada akan bermalam di rumahnya atau tidak.

Ruhainies juga bertanya pukul berapa penggambaran selesai selain giliran siapa bakal memasak pada malam itu.

Malah dua beradik itu turut menyebut mengenai bahan mentah yang bakal dimasak bersama-sama pada malam terbabit.

Tangkap layar perbualan antara Risteena dan Ruhainies pada hari kejadian tangkapan khalwat dilakukan pihak Jawi Sabtu lalu.

Sekali gus paparan mesej antara mereka itu menjadi bukti kebenaran dakwaan Ruhainies mengenai tindakan membawa masuk Aliff ke dalam rumah adalah bagi menunggu kedatangan ahli keluarganya untuk makan malam beramai-ramai.

Menerusi hantaran lain, pemilik nama lengkap Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 34, itu percaya Ruhainies dan Alif menyedari kesilapan mereka dan sudah meminta maaf.

Khilaf tetap khilaf. Saya percaya Ruhainies dan juga Aliff sedar tentang khilaf mereka. Siapa kita untuk menghukum mereka.

“Kebetulan malam itu saya rancang ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” ujarnya.

Terdahulu nama Ruhainies dan suami kepada pelakon Bella Astillah menjadi bualan hangat susulan tangkapan khalwat di kediaman pelakon itu dan kemudian mereka dibawa ke pejabat Jawi sebelum dibebaskan dengan jaminan pada hari sama.

Susulan insiden terbabit, Bella memfailkan penceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu dengan sebutan kali pertama berlangsung kelmarin.

Namun, kelibat Aliff tidak kelihatan atas alasan sedang menjalani penggambaran drama siri Terjerat yang turut menggandingkannya dengan Ruhainies. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI