fbpx

Dana RM10,000 bantu keluarga terjejas akibat PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Hassan(tengah) bersama Penghulu Cherang Ruku, Suriyal Saat menyusun bungkusan makanan untuk diagihkan kepada keluarga yang terjejas akibat PKPD di Kampung Dalam Huma, Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Kerajaan negeri memperuntukkan dana sebanyak RM10,000 untuk mengurus bekalan makanan dan keperluan penduduk yang tinggal berhampiran Madrasah Ad-Diniah al-Falhiah, Kampung Dalam Huma di sini.

Ia susulan kawasan tersebut telah disenaraikan sebagai Kluster Huma dan kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, terdapat 120 keluarga di beberapa kampung berdekatan memerlukan bekalan makanan selepas PKPD dilaksanakan.

Menurutnya, selain pusat pengajian pondok itu, penduduk kampung di Kampung Tok Kundur, Kampung Gong Kala dan Kampung Gong Lapang turut terjejas.

“Seramai 108 orang termasuk pelajar, kakitangan madrasah dan anak-anak kecil yang berkampung dalam kawasan pondok juga dipastikan kebajikan mereka terbela.

“Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh turut memberi sumbangan berupa ikan mentah sebanyak 140 kilogram hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di Cherang Ruku di sini hari ini.

Menurut Wan Hassan, pihaknya juga akan membantu menyalurkan bantuan lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa serta susu formula untuk bayi di kampung itu.

Katanya, agihan keperluan akan dilaksanakan sebanyak tiga kali sehingga tempoh PKPD pada ditamatkan pada 20 Disember ini dan ia akan dihantar dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang bertugas.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI