fbpx

Pencapaian Atletico banggakan Simeone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Atletico meraikan kejayaan mereka menewaskan Inter menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone mengambil pendekatan tidak menyaksikan penentuan sepakan penalti ketika menewaskan Inter Milan 3-2 pada aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara di Stadium Metropolitano awal pagi ­semalam.

Pada aksi itu, tuan rumah mempamer kebangkitan memastikan kemenangan 2-1 untuk mengikat keputusan 2-2 secara agregat, namun kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan pada masa tambahan, sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

“Saya tidak menyaksikannya (sepakan penalti) kerana ia adalah sesuatu yang tidak bagus untuk saya lihat. Itu keputusan saya tidak melihatnya, namun (pen­jaga gol Atletico) Jan (Oblak) berhak dengan apa yang dia tunjukkan pada detik penentuan penalti kali ini.

“Saya hanya lihat gambar penyokong yang penuh beremosi. Apabila pasukan mampu be­rada pada prestasi seperti ini, kami harap mampu te­rus berkembang. Muncul lapan pasukan terbaik di Eropah adalah sesuatu yang cukup istimewa buat kelab ini,” katanya.

Terdahulu, Inter yang menang 1-0 pada perlawanan pertama dua minggu lalu bermula langkah kanan apabila membuka jari­ngan menerusi Federico Dimarco, namun Atletico bangkit meledak dua gol daripada Antoine Griezmann dan Memphis Depay.

Pada penentuan penalti, Oblak menyelamatkan sepakan Alexis Sanchez dan David Klaassen, manakala ten­dangan ter­akhir Inter diambil Lautaro Martinez melambung tinggi.

Atletico pernah mengharungi detik mengecewakan pada penentuan penalti apabila tewas 3-5 kepada seteru setempat, Real Madrid semasa final Liga Juara-Juara 2016.

Dalam masa sama, Simeone juga memuji Inter yang hadir selaku naib juara musim lalu dan melabel lawannya itu sebagai salah sau kelab terbaik di Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI