fbpx

Renjer buru harimau ganas baham 2 penduduk kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 19 Julai 2023 menunjukkan seekor harimau Sumatera berada di kandangnya di Zoo Rom, Itali. – AFP

JAKARTA –  Pasukan renjer Indonesia yang dibantu seorang penjinak haiwan mula memburu beberapa ekor harimau Sumatera selepas dua penduduk kampung terbunuh dalam serangan berasingan yang membangkitkan kemarahan masyarakat setempat.

Seramai empat orang diserang semasa bertani di kawasan dilindungi di sebuah taman negara dalam wilayah Lampung, Pulau Sumatera sejak beberapa minggu lalu.

“Kami mengesyaki terdapat lebih daripada seekor harimau yang menyerang penduduk kampung,” kata renjer Taman Negara Bukit Barisan, Sugeng Hari Kinaryo Adi.

Harimau Sumatera dianggap sebagai spesies terancam kritikal oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi Antarabangsa (IUCN), dengan kurang 400 ekor kini hidup di habitat liar.

Konflik binatang buas itu dengan manusia meningkat disebabkan aktiviti penebangan hutan.

Insiden iantara lewat Februari 2024  hingga 11 Mac lalu  itu menyebabkan seorang mangsa berumur 28 tahun dan seorang lagi yang berusia 47 tahun meninggal dunia akibat kecederaan, kata Sugeng

Sebuah pasukan terdiri daripada 10 orang termasuk renjer hutan, seorang penjinak haiwan liar dan seorang doktor haiwan mula melancarkan pemburuan itu.

Tiada tanda-tanda kedua-dua serangan itu dilakukan oleh harimau yang sama.

“Kami mula bergerak hari ini, membuat perangkap dan memetakan laluan yang mungkin dilalui oleh harimau-harimau itu,” kata ahli veterinar dikenali sebagai Dito.

Selepas serangan terbaharu berlaku pada Isnin lepas di mana seekor harimau mencederakan seorang petani, beratus-ratus penduduk kampung menyerbu dan membakar ibu pejabat renjer hutan dalam taman negara berkenaan dan menuntut mereka menangkap binatang buas itu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI