PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas selama tiga hari berturut-turut dengan suhu tidak melebihi amaran berjaga-jaga.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca panas itu dikeluarkan dengan suhu maksimum antara 35 hingga 37 darjah Celsius yang melibatkan negeri – negeri di Semenanjung iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Labuan.
“Kami juga menjangkakan cuaca panas dengan suhu maksimum mencecah 37 darjah Celsius di Perlis, Kedah (Pendang, Sik, dan Baling, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, dan Kota Setar) dan Hulu Perak.
“Selain itu, amaran ribut petir dan hujan lebat juga diramal berlaku di beberapa kawasan pedalaman Selangor dan Perak, namun keadaan ini hanya akan berlaku pada sebelah petang sahaja” ujarnya.
Walau bagaimanapun, cuaca lembap dan hujan dijangkakan berlaku di Sabah yang melibatkan Sandakan, Kudat, Tawau serta Pedalaman dan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak. – KOSMO ONLINE.