fbpx

Kebab power terjual 400 bungkus 3 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD SYAFIQ menunjukkan kebab yang dijual di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Setiap kali bulan Ramadan, kebab menjadi menu pilihan terutama bagi mereka yang meminati hida­ngan ayam dan daging.

Maka tidak hairanlah, Kebab Power In Town yang diusahakan Mohamad Syafiq Mohamad Yatim dan Mohamad Faiz Abd. Wahab terjual lebih 400 bungkus dalam tempoh tiga jam.

Menurut Mohamad Syafiq, istimewanya kebab ini adalah terletak pada intinya yang menggunakan resipi tersendiri de­ngan lima bahan masakan seperti lada hitam, serbuk kari dan herba yang dicampur sekali gus mampu membangkitkan selera mereka yang ­berpuasa.

“Inti kebab tersebut akan diperap antara dua hingga tiga hari dan diletakkan dalam peti sejuk beku sebelum dimasak bagi membangkitkan rasa keenakannya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jelasnya, dia menjual kebab dalam tiga isian iaitu da­ging, ayam serta kambing dan setiap kebab dibalut dengan roti pita dijual antara harga RM6 hingga RM13.

“Alhamdulillah, jualan sa­ngat memberansangkan ketika ini dengan lebih 400 kebab berjaya dijual dalam tempoh tiga jam dengan operasi niaga kami bermula pukul 3 petang hingga 10 malam sepanjang di bazar ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI