fbpx

Nelayan curi kubah masjid kerana mahu bayar hutang dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amin ditahan polis ketika mahu melarikan diri ke Kota Namlea. – Istimewa/Kompas

JAKARTA  –  Polis memberkas seorang nelayan berumur 67 tahun kerana disyaki mencuri hiasan bersalut emas pada kubah masjid yang  bernilai 3 bilion rupiah (RM902,195), lapor laman berita Tribunnews semalam.

Suspek yang dikenali sebagai Amin Gay, ditahan ketika mahu melarikan diri ke Kota Namlea, Pulau Buru dalam wilayah Maluku.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Buru, Inspektor Aditya Bambang Sundawa berkata, suspek mencuri hiasan emas itu untuk membayar hutangnya.

Tambah Aditya, warga emas itu menggunakan pelbagai alat untuk melarikan kubah tersebut termasuk dua tangga kayu dan tali.

Dia melakukan perbuatan itu berseorangan  antara pukul 2 pagi hingga 3 pagi (waktu tempatan).

Ujar Aditya, ketika menarik hiasan kubah tersebut menggunakan tali, ia terjatuh lalu patah. 

Ia membuatkan suspek menanam sebahagian daripada kepingan hiasan itu di dalam tanah di sebuah kawasan hutan, sebelum ia ditemui penduduk pada Sabtu lalu.

Jika didapati bersalah, suspek boleh dipenjara selama tujuh tahun.

Dalam kejadian pada 4 Mac lalu, hiasan kubah masjid diperbuat daripada emas seberat 2.6 kilogram itu hilang dari Masjid Al-Huda, Buru.

Hiasan tersebut merupakan sumbangan penduduk Kampung Kayeli dan pelombong di Gunung Botak, yang mengunjungi masjid tersebut sejak 2015. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI