fbpx

The Ahmadi jelas sesat, bercanggah ajaran Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
The Ahmadi

PETALING JAYA – Falsafah dan konsep ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL) jelas mengandungi banyak percanggahan dengan ajaran Islam dan bersifat plularisma agama.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, walaupun luarannya seolah-olah menampakkan ianya berbaur ajaran Islam, tetapi orang yang memiliki sedikit ilmu pengetahuan ajaran Islam pasti menyedari ajaran itu jelas menyalahi ajaran Islam yang sebenar.

“Pihak IKIM ingin menegaskan bahawa AROPL yang didapati disebarkan secara dalam talian pada masa ini merupakan ajaran sesat yang tiada kaitan dengan ajaran Islam, walaupun kandungannya dilihat banyak memetik ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith Nabi SAW.

“Sebagai inisiatif membantu pembendungan ajaran sesat ini, IKIM akan menggunakan semua saluran dan platform seperti radio, TVIKIM, media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya untuk memberikan kefahaman jelas kepada masyarakat awam betapa bahayanya ajaran sesat ini jika ia menular,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dr. Mohamed Azam berkata, IKIM juga akan menghasilkan penulisan oleh pegawai-pegawai penyelidik dan para felo yang akan diterbitkan dalam akhbar perdana dan laman web IKIM bagi memberi kefahaman yang sebenar kepada masyarakat.

“IKIM memandang serius isu ini dan akan melakukan sebarang usaha untuk membendung penyebaran ajaran sesat di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, ajaran sesat itu aktif di pelbagai platform media sosial mahal lebih popular melalui penstriman langsung di platform TikTok.

“Ajaran ini menyeru orang ramai turut menjadi pengikut Imam al-Mahdi dan pemimpin Imam Mahdi yang didakwa muncul masa kini.

“Kebimbangan tercetus kerana akaun TikTok itu mempunyai pengikut lebih 30,000 pengikut dan mempunyai jumlah penonton yang ramai, selain menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi mereka,” ujarnya.

Sementara itu, di aplikasi YouTube pula, saluran The Ahmadi Religion of Peace and Light mempunyai 24.3K pengikut dan 275 video.

Terdahulu, masyarakat Islam di Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kemunculan satu ajaran sesat menggunakan nama ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ yang dikepalai seorang individu mengaku dirinya ialah Imam al-Mahdi dengan menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al-Sadiq manakala pendeta (bishop) mereka di Malaysia dan Indonesia bernama Kashfullah Amaluddin.

Mereka mempercayai penjelmaan semula (reincarnation) juga mempercayai utusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagai agama seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle, Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI