fbpx

Orang awam diminta hati-hati dengan tawaran pakej umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dengan tawaran pakej umrah yang meragukan memandangkan buat masa ini kerajaan belum membenarkan rakyat Malaysia mengerjakan umrah.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, MOTAC memaklumkan syarikat pengendali berlesen juga adalah dilarang mengambil bayaran bagi sebarang pakej umrah bagi tahun 1442 Hijrah.

“Kementerian mengikuti dan memantau perkembangan semasa berkenaan dengan kebenaran pelaksanaan aktiviti umrah oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Ia susulan status semasa penularan wabak Covid-19 dan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengawal penularannya,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, buat masa ini, kementerian masih berpegang kepada dasar-dasar sedia ada ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang turut tidak membenarkan perjalanan keluar negeri bagi tujuan tidak penting khususnya aktiviti pelancongan.

Menurutnya, dalam hal ini, aktiviti umrah yang di kawalselia di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] adalah turut tidak dibenarkan.

“Sehingga perubahan dasar kerajaan ini dibuat, sebarang aktiviti membabitkan umrah adalah masih dilarang sehingga diumumkan kelak oleh pihak kerajaan.

“Kerajaan menerusi Kementerian Luar Negeri sudah memulakan perbincangan awal dengan Kerajaan Arab Saudi berhubung usaha-usaha menggerakkan semula pemulihan ekonomi kedua-dua negara susulan wabak Covid-19.

“Perbincangan itu antara lain berhubung aktiviti umrah membabitkan rakyat Malaysia sekiranya dibenarkan sebelum vaksin Covid-19 ditemui,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI