fbpx

Puteri Sarah nafi tumpang ‘populariti’ kisah Bella, Aliff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah Liyana menyifatkan kemelut rumah tangga yang melanda Bella dan Aliff yang kini di ambang perceraian adalah perkara menyedihkan.

PETALING JAYA – Pernah melalui momen sama, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan kemelut rumah tangga yang melanda pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz yang kini di ambang perceraian adalah perkara menyedihkan.

Kata pemilik nama penuh Puteri Sarah Megat Kamarudin itu hatinya sangat tersentuh setiap apabila mendengar cerita duka mengenai rumah tangga pasangan tersebut.

“Satu Malaysia bersedih hari ini (semalam), samalah juga Sarah pun.

“Entah kenapa cerita orang lain sedih juga tapi tak terkesan sangat macam kisah Bella ini. Mungkin sebab setiap hari dengar dan tengok Bella menangis,” kata, Sarah, 39, dalam Instagram semalam.

Sementara itu, pelakon drama Hijrah Jannah itu menyangkal dakwaan sengaja menumpang ‘populariti’ dalam kemelut rumah tangga Aliff dan Bella.

“Hari ini semua beremosi macam saya juga bukan? Pembenci akan cakap saya menumpang kisah Bella sebab nak tunjuk paling sedih.

“Tidak! Hari ini bukan sahaja saya tetapi satu Malaysia bersedih.

“Kepada anda semua yang sedang melalui benda sama, saya doakan anda kuat dan semoga dipermudahkan,” katanya lagi yang saling menjadi tempat mengadu dan bertukar cerita mengenai masalah rumah tangga dengan Bella sebelum ini.

Terdahulu, Bella sudah memfailkan permohonan perceraian terhadap suami, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu.

Sebutan kali pertama berlangsung semalam namun kelibat Aliff tidak kelihatan kerana terikat dengan jadual penggambaran.

Sejak minggu lalu, nama Aliff menjadi bualan hangat selepas ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara awal pagi Sabtu lalu.
Kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan dan bakal dibicarakan di mahkamah dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI