fbpx

Masih belum ada parti miliki majoriti mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Annuar memaklumkan di luar Istana Kinta, Ipoh hari ini bahawa tiada parti memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Perak setakat ini.

IPOH – Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Perak masih belum diperolehi mana-mana parti setakat ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, disebabkan itu pihak istana akan menunggu sehingga pihak yang telah bersedia dan dapat meyakinkan sultan bahawa mereka sudah memiliki majoriti mudah.

“Setakat ini Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belum diyakinkan oleh mana-mana pihak bahawa mereka sudah ada majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

“Sehingga baginda diyakinkan sudah ada yang mendapat majoriti mudah, barulah istiadat angkat sumpah jawatan menteri besar akan dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta di sini hari ini.

Tambah Mohd. Annuar, pihak istana akan menunggu sehingga mana-mana pihak telah bersedia dengan meyakinkan Sultan Perak dan baginda berpuas hati dengan perkara tersebut bagi menubuhkan kerajaan negeri.

Katanya, tiga pengerusi parti dalam Pakatan Harapan (PH) telah menghadap dan menyembah maklum kepada Sultan Perak mengenai status rundingan yang sedang berlaku dari pihak mereka.

“Pengerusi UMNO, Datuk Saarani Mohamad turut dititah menghadap dan menyembahkan maklum mengenai status rundingan yang sedang berlaku antara parti itu dengan pihak lain,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI