fbpx

Seluruh England: Tang Jie-Ee Wei ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE (kanan) dan Ee Wei mengejutkan Dechapol-Sapsiree untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan Seluruh England. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melakar kejutan pada Kejohanan Badminton Seluruh England selepas menyingkirkan pilihan keenam dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai di pusingan pertama sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham itu, Tang Jie-Ee Wei menunjukkan semangat juang tinggi apabila mencatat kemenangan menerusi aksi tiga set 21-14, 12-21, 21-15 dalam tempoh 58 minit.

Kemenangan itu boleh dianggap cukup bermakna memandangkan mereka sudah tewas lima kali dalam enam pertemuan menentang Dechapol-Sapsiree sebelum ini selain tewas empat kali berturut-turut.

“Kami kalah banyak kali kepada mereka sebelum ini, jadi kami tidak fikir terlalu banyak untuk perlawanan hari ini. Apa yang penting, kami hanya berikan semangat sesama sendiri sepanjang perlawanan itu.

“Mereka juga mencatat keputusan yang sangat bagus dalam kejohanan-kejohanan terdahulu, jadi kami hanya fokus pada permainan sendiri dan berikan segala-galanya,” kata Ee Wei kepada BWF sejurus tamat perlawanan.

Menjelang aksi pusingan kedua esok, Tang Jie-Ee Wei akan menantikan pemenang antara beregu Denmark, Mathias Thyrri-Amalie Magelund dan Robin Tabeling-Selena Piek yang turun beraksi selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI