JAKARTA – Solat sunat Tarawih sepantas 7 minit ditunaikan jemaah di Pondok Al-Quraniyah, Krangkeng, dalam wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Tribunjabar hari ini.
Solat sunat digelar ‘Tarawih kilat’ itu ditunaikan dalam 23 rakaat. Ia hanya melibatkan masa antara 6 hingga 7 minit.
Masjid yang menjadi lokasi solat itu dipenuhi dengan jemaah yang menunaikan solat sunat itu semalam, dengan kebanyakannya terdiri daripada golongan muda.
“Ya, sampai ke halaman masjid (bersolat),” kata pengurus pondok itu, KH Azun Mauzun.
Solat sunat secara pantas itu sudah diadakan sejak 2006 dengan tujuan untuk mengajak golongan belia memperbanyakkan ibadat di bulan suci Ramadan, lapor media tempatan. – AGENSI