fbpx

Penduduk gempar temui monolit misteri di tengah bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pejalan kaki yang melalui bukit Hay Bluff berhampiran bandar Hay-on-Wye, Britain terkejut apabila mereka menemui sebuah blok keluli setinggi 304.8 sentimeter di sebuah kawasan tanah lapang, lapor akhbar Daily Express semalam. 

Keliru dengan kejadian itu, mereka menyiarkan foto objek tersebut di internet. Ia sekali gus mencetuskan beberapa teori konspirasi berhubung individu yang meletakkannya dan punca ia berada di situ.

Penemuan itu berlaku hampir empat tahun selepas pelbagai versi monolit seumpama itu dikesan di seluruh Britain dan Amerika Syarikat, terutamanya di Pantai Compton di Isle of Wight.

Tiang-tiang keluli tersebut menarik perhatian berjuta-juta pengguna di media sosial, di mana orang ramai mula tertarik untuk mengetahui mengenai objek berkenaan.

Sesetengah orang mempercayai bahawa ia adalah satu bentuk gurauan, manakala sebilangan yang lain menganggap ia berpunca daripada makhluk asing.

Salah satu teori yang paling popular adalah ia sebenarnya sebahagian daripada karya seni. 

“Saya fikir ia kelihatan agak pelik, namun ia mungkin merupakan penyelidikan media saintifik yang mengumpul air hujan. Namun kemudian, saya menyedari bahawa ia terlalu tinggi dan pelik untuk itu,” kata seorang pendaki, Richard Haynes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI