Ramadan menjelma lagi, pastinya ramai antara kita yang tercari-cari juadah berbuka setelah seharian menunaikan ibadah puasa. Dalam remang senja, menikmati bufet Ramadan di hotel bersama seisi keluarga atau sahabat handai pasti menjadi momen cukup berharga.
Apatah lagi jika dapat menjamu selera dengan sajian istimewa.
Kuetiau bulan purnama dan kari siakap sayap merupakan antara menu berbuka puasa yang wajib dicuba di Hyatt Place Kuala Lumpur, Bukit Jalil pada bulan Ramadan kali ini.
Bertemakan ‘Sajian Senja Muhibbah Klasik’, Hyatt Place Kuala Lumpur mempersembahkan makanan tradisi dan warisan pelbagai bangsa buat pelanggan bufet mereka.
Ketua Kulinari, Lee Yew Ken berkata, juadah berbuka di Hyatt Place Kuala Lumpur memiliki sentuhan signatur yang hanya ditawarkan di hotel berkenaan.
“Lazimnya, kuetiau digoreng bersama telur, tapi kami asingkan. Telur yang kami hidangkan bersama kuetiau tersebut adalah telur separuh masak.
“Ini memberi inspirasi kepada nama bulan purnama kerana ada sebiji telur di atas kuetiau itu.
“Bagi hidangan sayap siakap, kami menggabungkan rempah kari Melayu dan India bagi menaikkan lagi rasa masakan ini.
“Hasilnya, rasa kari sungguh pekat dan lazat, sekali gus melengkapkan lagi rasa isi bahagian sayap siakap yang lembut,” jelasnya.
Secara keseluruhan, terdapat sembilan stesen berbeza yang turut dikendalikan oleh Cef Muhamad Taufiq dan Cef Muhammad Afiq.
Para tetamu juga boleh menikmati hidangan klasik seperti bubur lambuk, rendang ayam dan daging, sate kombo kuah kacang, ayam bakar percik serta ayam masak merah.
Turut dihidang adalah pelbagai jenis dim sum yang dikukus dan digoreng, kung pao green mussel dengan capsicum, nasi beriani tradisional dan kurma kambing.
Sebagai tambahan, terdapat juga pelbagai kerabu tradisional, ulam-ulaman, aneka sambal tempatan, pelbagai jenis jeruk tradisional, sup dan pemanis mulut.
Tawaran bufet Ramadan itu bermula pada 14 Mac hingga 5 April depan dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam.
Pakej berbuka puasa ditawarkan pada harga RM167 seorang untuk dewasa dan RM97 (kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun).
Untuk lebih penjimatan, pelanggan boleh membeli pakej beli 10 bayar lapan untuk dewasa pada harga normal.
Sekiranya berminat untuk menganjurkan buka puasa dalam bentuk kumpulan, pelanggan boleh menempah ruangan privasi dengan jumlah tempahan seramai 30 orang.
Orang ramai boleh membuat tempahan menerusi talian 03-9764 9888, WhatsApp 012-832 8863 atau e-mel, [email protected].