fbpx

Liverpool terdesak buru Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk melangkah ke pusingan suku akhir Liga Europa selepas memiliki bekalan selesa 5-1 ke atas Sparta Prague. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tetap menjadikan aksi Liga Europa sebagai keutamaan meskipun pasukan itu sedang bersaing merebut takhta kejua­raan Liga Perdana Ing­geris (EPL) musim ini.

The Reds dilihat hampir pasti untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir apabila memiliki defisit empat gol ke atas Sparta Prague menjelang aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik di Anfield awal pagi esok.

Klopp berkata, Liverpool tetap memandang serius saingan Liga Europa biarpun ada sesetengah pihak mendakwa mereka lebih memberikan fokus terhadap pe­rebutan Liga Perdana dengan Arsenal dan Manchester City.

“Adakah kami ter­desak untuk memena­ngi Liga Europa? Sudah tentu, tetapi ia bukan disebabkan saya mahu meninggalkan pasukan penghujung musim ini. Sebagai jurulatih, saya mahu memenangi sesuatu untuk pasukan.

“Kami sentiasa bekerja keras dalam setiap pertandingan yang disertai, tidak kira sama ada ia Liga Europa atau Liga Perdana. Fokus kami adalah untuk menang dan layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

Dalam pada itu, aksi Liga Europa boleh dianggap penting dalam usaha Liverpool memburu gelaran quadruple musim ini selepas merangkul kejuaraan Piala Liga Inggeris (EFL) menewaskan Chelsea bulan lalu.

Menjelang aksi awal pagi esok, Klopp dijangka melakukan perubahan besar terhadap pasukan dan mungkin menurunkan barisan pemain muda kerana sudah membawa bekalan kemenangan 5-1 dalam aksi pertama sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI