fbpx

Jaga pandangan, lisan takut puasa jadi sia-sia – Aprena Manrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Aprena Manrose menasihatkan netizen agar menjaga pandangand dan lisan terutama pada bulan Ramadan.

PETALING JAYA – Pelakon Aprena Manrose menasihatkan orang ramai agar menjaga pandangan dan lisan terutama pada bulan mulia Ramadan yang sepatutnya menjadi ‘turning point’ atau titik perubahan dalam kehidupan seseorang Muslim.

Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, berharap orang ramai lebih fokus terhadap amalan masing-masing dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

“Saya nak tegur sikir boleh? Bila saya terbaca komen dari hantaran tentang isu semasa, kadang seram betul dengan ayat-ayat netizen ini macam terpaling tahu semua benda.

“Ya Allah, kan bulan Ramadan bulan yang mulia. Lebih baik fikirkan amalan kalian sendiri dari sibuk jaga tepi kain orang,” katanya menerusi Instagram.

Selain itu, adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu turut berkongsi tip megelak dari menjaga tepi kain orang yang memberikan ketenangan dalam hidup.

“Cuba jaga pandangan dan lisan takut nanti puasa jadi sia-sia sahaja. Nak bagi tip, tambahlah amalanmu dengan membaca al-Quran.

“Ada faedahnya juga, hati pun tenang. Sebenarnya saya cakap ini pun untuk peringatan diri sendiri juga,” tuturnya lagi.

Semakan Kosmo! Online menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut menyokong dan bersetuju kenyataan Aprena.

“Betul! Seram sangat komen-komen netizen. Bersyukur hidup ini ditakdirkan bukan sebagai artis,” kata pengikut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI