fbpx

Inter ‘tempang’ tanpa dua tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARNAUTOVIC

MILAN – Gergasi Itali, Inter Milan berdepan tugas sukar menjelang aksi timbal balik pusi­ngan 16 terbaik Liga Juara-Juara menentang Atletico Mad­rid di Stadium Metropolitano awal pagi esok.

Biarpun memiliki kelebihan satu gol selepas menang 1-0 sewaktu aksi pertama di Milan dua minggu lalu, tetapi finalis musim lalu itu sedikit ‘tempang’ untuk berdepan Atletico kali ini.

Ia susulan dua kecederaan dialami dua pemain utama pasukan itu iaitu pe­nyerang, Marko Arnautovic dan pertahanan, Carlos Augusto ketika menewaskan Bologna 1-0 pada aksi Serie A hujung minggu lalu.

Arnautovic mengalami kecederaan hamstring di penghujung perlawanan, manakala Augusto terpaksa dikeluarkan lebih awal lagi sewaktu rehat separuh masa dalam aksi ­tersebut.

Ketua jurulatih Inter, Simone Inzaghi kini masih menanti keputusan daripada pa­sukan perubatannya berhubung peluang kedua-dua pemain itu turun beraksi walaupun ia dilihat agak tipis dalam tempoh masa singkat ketika ini.

“Aksi pertama sebelum ini memberikan kami pera­saan yang positif. Ia satu persembahan yang sangat bagus daripada para pemain ke atas lawan hebat seperti Atletico.

“Kekesalannya cuma kami gagal mencatat kemenangan dengan margin yang lebih besar. Saya harap para pemain dapat mengatasi segala pe­rasaan takut, letih dan kecederaan untuk melepasi satu lagi halangan selepas ini,” ­katanya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI