fbpx

Agong terima Watikah Perlantikan 12 ketua perwakilan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong bergambar bersama ketua perwakilan asing pada Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan menerima Watikah Pelantikan oleh 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia pada Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Istana Negara menerusi laman Facebooknya memaklumkan, Ketua-ketua perwakilan asing tersebut ialah Sami Rafael Leino dari Finland; Kirsten Rosenvold Geelan (Denmark); Dr Petra Ponevács-Pana (Hungary); Jagdishwar Goburdhun (Mauritius) dan Michalis Rokas (Kesatuan Eropah).

Selain itu, perwakilan asing yang menyembahkan watikah pelantikan termasuk Hermono (Indonesia); Ronald Galharague (Perancis); Dr Peter-Christof Blomeyer (Jerman); Diego Velasco Von Pilgrimm (Chile); Pam Chong Dunn (New Zealand); Tran Viet Thai (Vietnam) dan Golam Sarwar (Bangladesh).

Turut hadir ke istiadat itu Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Baginda dan Raja Permaisuri Agong, turut berangkat ke majlis santapan tengah hari yang dihadiri semua perwakilan asing serta pegawai-pegawai dari Wisma Putra. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI