fbpx

Model kluster tangani isu lambakan getah tidak ditoreh – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan model kluster terhadap kawasan tanaman getah yang didakwa tidak ditoreh membabitkan anggaran keluasan 420,000 hektar.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, model kluster itu pernah dilakukan suatu ketika dahulu dengan konsolidasi kawasan kepada saiz yang ekonomik.

Menurutnya, Lembaga Getah Malaysia (LGM) kinj sedang mengambil tindakan untuk meneliti dan menentukan dengan tepat kawasan dan lokasi dinyatakan.

Dalam masa sama, beliau berkata Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) juga dalam proses banci bagi membantu menentukan lokasi kawasan pekebun kecil tidak ditoreh.

“Data 420,000 hektar tidak bertoreh ini akan dikemas kini dan ditentukan dengan tepat,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengenai langkah proaktif diambil bagi menangani kerugian bernilai RM2.3 bilion KDNK apabila ladang berkeluasan 425,000 hektar di seluruh negara tidak menghasilkan komoditi berkenaan.

Justeru, katanya, kerajaan berharap semua pemegang taruh akan terlibat dan dapat memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan cadangan model kluster baharu ini.

“Kementerian melalui model kluster yang akan dilaksanakan gaji tetap dan pelbagai kemudahan seperti perumahan serta pengangkutan akan disediakan bagi menarik minat golongan muda mengisi kekurangan penoreh dalam sektor huluan getah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI