fbpx

Dua polis paksa pasangan kekasih aksi tak senonoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua mangsa diarahkan untuk melakukan hubungan seks oral di dalam kereta di sebuah kawasan kilang terbiar di Padang Tembak, Pengkalan Chepa Kota Bharu.

KOTA BHARU – Dua anggota polis masing-masing berpangkat Lans Koperal dan Konstabel tergamak menyuruh sepasang kekasih berbogel dan memaksa mereka melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Padang Tembak, Pengkalan Chepa Jumaat lalu.

Pasangan kekasih itu dipercayai mengikut telunjuk anggota polis selepas mereka diugut akan dihantar ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) selepas mengaku berdua-dua di dalam kereta.

Lebih teruk, kedua-dua anggota itu dipercayai bertindak merakam perbuatan pasangan itu dengan menggunakan telefon pintar mereka.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, berdasarkan siasatan, mangsa lelaki berusia 21 tahun telah bertunang dengan mangsa wanita berusia 20 tahun dipercayai berdua-duaan di dalam sebuah kereta jenis Honda Accord di tepi Jalan Panji di sini pada pukul 10.45 malam.

Katanya, menyedari kehadiran MPV jenis Honda Civic yang dinaiki anggota polis masing-masing berusia 30 dan 35 tahun, mangsa bertindak beredar dari kawasan itu, namun suspek telah mengekori mereka.

“Mangsa lelaki telah dibawa masuk ke dalam peronda polis (MPV) dan dia telah ditumbuk di bahagian telinga dan dada oleh salah seorang anggota terbabit sewaktu mereka berada di Jambatan Pak Nik Lah di sini.

“Anggota polis telah mengugut lelaki itu untuk memberikan wang sekiranya mahu dilepaskan. Susulan daripada itu, mangsa lelaki dibawa menaiki MPV ke sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) manakala tunangnya naik kereta mangsa bersama seorang lagi anggota polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI