fbpx

MotoGP: Bagnaia ungguli aksi GP Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA meraikan kejayaannya selepas menjuarai saingan GP Qatar di Litar Antabarangsa Lusail awal pagi semalam. – AFP

LUSAIL, Qatar – Juara dunia dua kali, Francesco Bagnaia membuka langkah kanan selepas mencipta kemenangan pada perlumbaan pertama Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada Grand Prix (GP) Qatar awal Litar Antarabangsa Lusail awal pagi semalam.

Pelumba Ducati itu yang bergelut dengan cengkaman tayar belakang pada perlumbaan sprint kelmarin, telah belajar daripada kesilapan sebelum menemui rentak terbaik ber­sama jentera Desmosedici GP24.

Bagnaia yang memulakan perlumbaan di petak kelima me­ngakui, mengubah strategi dengan lebih agresif sebelum memecut laju untuk berada di hadapan, sekali gus menguasai kedudukan itu sehingga tamat.

“Sangat penting untuk me­ngubah sedikit strategi dan cuba menjadi lebih agresif. Saya tahu kemampuan saya untuk menguruskan jurang jika sudah berada di hadapan dalam pusingan pertama.

“Pada perlumbaan sprint, saya berdepan masalah selepas dua pusingan. Sewaktu berada di belakang, saya mula mengalami masalah cengkaman pada tayar belakang.

Sprint semalam (kelmarin) adalah pengajaran yang baik dalam mengubah pendekatan untuk memperoleh prestasi bersama jentera baharu. Kami dapat memahami cara memperbaiki dan memberikan saya motivasi menjelang perlumbaan seterusnya.

“Saya perlu berterima kasih kepada pasukan kerana mereka bekerja keras untuk memper­baiki persediaan perlumbaan. Secara keseluruhan ia adalah cara terbaik untuk memulakan tahun ini,” katanya.

Pelumba KTM, Brad Binder meraih tempat kedua dan Jorge Martin dari pasukan Pramac yang bermula dari petak utama menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, manakala Marc Marquez (Gresini) di kedudukan keempat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI