fbpx

De Bruyne ‘mangsa’ taktikal Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE (kanan) berang selepas dikeluarkan ketika seri 1-1 dengan Liverpool di Anfield lewat malam kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Pengendali Manchester City, Pep Guar­diola menegaskan hubungannya dengan Kevin De Bruyne tetap baik walaupun pemain tengah itu tidak gembira apabila dikeluarkan ketika seri 1-1 dengan Liverpool di Anfield lewat malam kelmarin.

De Bruyne, 32, mencipta satu umpanan jaringan apabila sepakan penjurunya menemui John Stones untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-23 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Bagaimanapun, Guardiola, 53, membuat kejutan apabila mengeluarkannya dengan membawa masuk Mateo Kovacic pada minit ke-69, sekali gus mencetuskan kemarahan kapten Belgium itu.

“Saya gembira melihat reaksinya. Saya tahu dia kecewa, tetapi ia sesuatu yang bagus. Saya terpaksa membuat keputusan ini kerana menyedari kami ada kekurangan sesuatu dari segi mempertahankan bola untuk tempoh yang lama.

“Selepas dia keluar, kami bermain lebih baik. Namun, apa yang saya boleh katakan mengenai Kevin (De Bruyne), malah anda sendiri tahu bahawa kami memerlukannya dan dia amat penting buat pasukan,” kata Guardiola.

Dalam masa sama, Guardiola mendakwa pasukannya terselamat daripada ‘tsunami’ Liverpool pada babak kedua yang menyebabkan The Citizens terus kempunan melakar kemena­ngan di Anfield sejak 2021.

Kegagalan melakar kemenangan juga menyaksikan Arsenal kini mendahului carta liga dengan perbezaan gol me­ngatasi Liverpool di tangga ke­dua, manakala City selaku juara bertahan di tempat ke­tiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI