fbpx

Ajal berlanggar ketika mahu baiki motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa dan kereta yang terlibat dalam kemalangan itu.

SABAK BERNAM – Perjalanan seorang lelaki untuk membaiki motosikalnya berakhir tragedi apabila maut berlanggar dengan sebuah kereta di simpang empat Parit 5, Ban 2 Sekinchan di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 55 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dalam perjalanan menuju ke sebuah bengkel motosikal di pekan Sekinchan.

“Setibanya di tempat kejadian, sebuah Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 25 tahun dipercayai keluar simpang secara tiba-tiba.

“Ia menyebabkan mangsa dari arah jalan utama tidak sempat mengelak dan berlakunya pelanggaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di belakang, dada dan kaki kanannya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI