fbpx

Bukan 3 jam, tapi hanya 30 minit – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES juga menafikan ada hubungan instimewa dengan Aliff Aziz.

PETALING JAYA – “Bukan tiga jam, hanya 30 minit.”

Itu penegasan pelakon Ruhainies kepada Kosmo! Online berhubung laporan media yang mendakwa pihak berkuasa menunggu selama tiga jam sebelum pintu rumah dibuka dalam serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada Sabtu lalu.

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, maklumat yang tersebar mendakwa dia dan Aliff Aziz membiarkan pihak berkuasa menunggu selama tiga jam adalah tidak benar, sebaliknya hanya setengah jam.

“Selama 30 minit bukan tiga jam. Semua yang berlaku bukanlah seperti yang digembar-gemburkan dan tidak berlarutan selama tiga jam pun.

“Apabila dakwaan tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dicetuskan oleh orang ramai,” katanya.

Meleraikan persoalan, pelakon berusia 32 itu juga itu bertegas, hubungannya dengan Aliff bukan seperti disangka, namun hanyalah sebagai sahabat dan persahabatan mereka juga sudah terjalin sejak 10 tahun lalu.

“Saya dan Aliff hanya kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak 10 tahun lalu.

“Kini, kami berkawan dan dilihat kerap bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri Terjerat.

“Apa pun, saya akan jelaskan secara terperinci dalam kenyataan rasmi yang akan diberikan kelak,” ujarnya.

Sejak Sabtu lalu, akaun media sosial Ruhainies dibanjiri dengan kecaman dan kata-kata negatif netizen selepas tular laporan ditangkap khalwat bersama hero gandingannya menerusi drama Terjerat itu.

Pasangan yang dicekup Jawi atas tuduhan berkhalwat itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan, sementara, menanti pendakwaan di mahkamah syariah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Aliff dan Ruhainies ada mengeluarkan kenyataan serentak dalam akaun media sosial masing-masing meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar termasuk menidakkan dakwaan mereka ditangkap basah pada hari kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI