fbpx

Lelaki maut motosikal terperosok bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba mengeluarkan mayat seorang motosikal yang tersepit di bawah lori dalam kejadian berhampiran stesen minyak Kinarut, Jalan Papar Lama petang semalam. -Foto JBPM

PAPAR – Seorang lelaki maut ekoran tersepit di bawah lori dalam kejadian berhampiran stesen minyak Kinarut, Jalan Papar Lama petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, motosikal ditunggangi Moksin Aduruk, 48, dipercayai terbabas dan kemudiannya terperosok di bawah lori.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada pukul 2.34 petang.

“Seramai enam anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar bergegas ke lokasi kejadian. Laporan awal mendapati kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha LC terbabas lalu tersepit di bawah lori.

“Pasukan bomba yang tiba kemudian berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dengan dibantu ‘towing’,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Riki Mohan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI