fbpx

EPL: Spurs cemerlang atasi Aston Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG utama Spurs, James Maddison (dua dari kanan) meraikan jaringan pertama pasukannya ketika tewaskan Aston Villa 4-0 di Villa Park, sebentar tadi. - AFP

 

LONDON – Tottenham Hotspur makin mencerahkan peluang untuk mengejar kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris apabila menang 4-0 ke atas Aston Villa di Villa Park, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksi rekod baik Aston Villa dalam tiga aksi terdahulu gagal diteruskan dan walaupun masih kekal di tangga keempat dengan 55 mata, situasi bertambah menarik apabila hanya dipisahkan dua mata dengan Spurs di kedudukan kelima.

Pengurus Spurs, Ange Postecoglou melakukan tiga pertukaran berbanding skuad yang menewaskan Crystal Palace 3-1, 2 Mac lalu dengan memasukkan Pedro Porro, Pape Sarr dan Brennan Johnson.

Walaupun Spurs mendominasi 69.1 peratus permainan, tuan rumah yang meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam aksi liga sebelum ini jelas lebih merbahaya apabila merekodkan lima percubaan berbanding hanya satu buat pelawat.

Bagaimanapun aksi 45 minit pertama berakhir seimbang tanpa sebarang jaringan mampu dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

Segalanya sempurna buat Spurs apabila memperoleh dua gol dalam tempoh tiga minit, bermula dengan jaringan pertama daripada James Maddison sebelum Johnson menambah gol kedua.

Minit ke-65, tindakan kurang bijak John McGinn yang melakukan terjahan keras ke atas Destiny Udogie meletakkan Aston Villa dalam situasi sukar apabila dia dilayangkan kad merah.

Hasilnya, Spurs memperoleh jaringan ketiga menerusi Son Heung-min diikuti jaringan keempat daripada Timo Werner pada masa kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI