fbpx

AgroNita hanya untuk 500 pelanggan wanita Agrobank yang terawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank, Syed Hairul Anuar Syed Fadzil (kiri) dan Ahli Lembaga Pengarah Agrobank, Datin Arlina Ariff pada majlis pelancaran kempen AgroNita di Putrajaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bersempena majlis sambutan Hari Wanita baru-baru ini, Agrobank telah melancarkan Kempen AgroNita bertujuan untuk menawarkan manfaat langganan Perlindungan Takaful Kemalangan Diri melalui Takaful Kasih Plus selama setahun sehingga RM10,000.

Produk tersebut hanya terhad kepada 500 peserta wanita terawal.

Untuk menyertai kempen tersebut, peserta yang layak hanya perlu membuat deposit minimum sebanyak RM500 melalui Akaun Simpanan Agro Farah-i atau melanggan pembiayaan kredit mikro dengan pembiayaan minimum sebanyak RM5,000.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Kempen Agronita 2024 ini merupakan manifestasi terhadap komitmen dan usaha beterusan Agrobank dalam mendukung agenda pembangunan ekonomi dan sosial, selain meraikan pencapaian golongan wanita di Malaysia.

“Agrobank sentiasa menghargai peranan dan sumbangan kaum wanita dalam memperkasakan institusi kekeluargaan, kemasyarakatan dan kemajuan ekonomi negara.

“Inisiatif ini ditujukan khusus buat pelanggan wanita di Malaysia dengan peruntukan sehingga RM20 juta disediakan bagi kempen ini. 

“Ia selaras dengan aspirasi kerajaan dalam menggalakkan lebih ramai kaum hawa untuk menceburi bidang keusahawanan mikro atau Perusahaan Kecil dan Sederhana, di samping menyemai tabiat menyimpan dan pengurusan kewangan yang mampan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI