fbpx

Kane kini sebaris legenda Bundesliga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (tengah) kini sudah mengumpul 30 gol dalam saingan Bundesliga, menyamai rekod yang dilakukan Seeler pada musim 1963/64. – AFP

MUNICH – Penggempur England, Harry Kane mencatat hatrik bersejarah ketika membantu Bayern Munich membelasah Mainz 8-1 dalam aksi Bundesliga di Allianz Arena malam kelmarin.

Kemenangan itu me­nyaksikan Bayern kekal di tempat kedua dan hanya ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu liga, Bayer Leverkusen yang masih mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Dalam aksi itu, Kane menjadi pemain pertama yang mencetak empat hatrik dalam musim pertamanya di pentas Bundesliga selain turut merakam 30 gol liga sepanjang musim ini, sekali gus menyamai rekod legenda Jerman, Uwe Seeler buat Hamburg pada 1963/64.

Bekas penyerang Tottenham Hotspur itu juga menjadi pemain pertama yang menjaring sekurang-kurangnya dua gol dalam lapan perlawanan berbeza.

Ia juga kemena­ngan kedua terbesar Bayern musim ini selepas membelasah Darmstadt 8-0 pada Oktober lalu.

“Ia satu kemenangan yang meyakinkan. Jujur kami merindui saat-saat seperti ini. Sekarang kami perlu pastikan pasukan dapat mengekalkan momentum sama untuk baki saingan musim ini,” kata pemain tengah Bayern, Leon Goretzka.

Selain tiga gol Kane, Goretzka turut berjaya meledak dua jaringan buat Bayern selain masing-masing satu daripada Thomas Muller, Jamal Musiala dan Serge ­Gnabry, manakala gol tunggal Mainz dihasilkan oleh Nadiem Amiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI