fbpx

Kelincahan Garnacho julang Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARNACHO dianggap pemain terbaik buat United apabila berjaya meraih dua sepakan penalti untuk menewaskan Everton di Old Trafford malam kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Sorakan ‘Viva Garnacho’ menjadi bukti jelas peranan besar yang dimainkan oleh Alejandro Garnacho ketika menjadi nadi penting kepada kemenangan 2-0 Manchester Uni­ted ke atas Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam kelmarin.

Kelincahan bintang muda dari Argentina itu memaksa pertahanan Everton melakukan kesilapan dengan melakukan kekasaran dalam kotak penalti dan kesempatan tersebut disempurnakan oleh Bruno Fernandes serta Marcus Rashford.

Pe­ngendali The Red Devils, Erik Ten Hag memuji sumba­ngan Garnacho, sekali gus mengembalikan rentak kemenangan pasukan.

“Dia (Garnacho) berkembang dengan cukup baik dan kami begitu gembira dengan situasi sekarang. Sumbangannya cukup besar buat pasukan terutamanya menerusi larian derasnya.

“Semua ini jadi sesuatu yang menarik buat penonton dan kami juga mahu tunjukkan se­suatu. Saya fikir penalti itu adalah wajar dan kalau boleh dia kena kekalkan fokus serta usaha­nya dengan cara yang betul

“Apabila dia mampu mengekalkan fokus, sudah pasti prestasinya akan meningkat,” kata Ten Hag.

Tiga mata itu terus menghidupkan harapan United untuk menamatkan saingan musim ini di kelompok empat terbaik yang menawarkan slot ke kejohanan Eropah musim depan.

Bagaimanapun, Ten Hag me­negaskan kualiti pemain melaksanakan taktikal menjadi antara faktor lain kepada kemena­ngan tersebut terutamanya menafikan pendekatan Everton.

“Saya fikir pemain berjaya melaksanakan pelan pasukan dengan baik. Kami menjangkakan tekanan tinggi daripada Everton, jadi kami mencipta peluang di bahagian belakang dan sudah pasti aspek ini meng­hadirkan kegembiraan buat saya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI