fbpx

Jangan lebih-lebih sebarkan aib orang – Fatiya Latiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatiya menegur sikap masyarakat supaya tidak menyebarkan dan mencanang aib atau kesalahan orang lain tanpa ada rasa bersalah.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Fatiya Latiff meminta orang ramai supaya tidak menjalankan kerja Tuhan dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan seseorang.

Menerusi video yang dikongsikan dalam InstaStory miliknya, Fatiya juga menegur sikap masyarakat, termasuk media supaya tidak menyebarkan dan mencanang aib atau kesalahan orang lain tanpa ada rasa bersalah.

“Saya tidak mahu menyebut nama mana-mana pihak. Tapi tolonglah dengar mesej saya ini. Saya tahu mungkin kedengaran agak klise, tetapi hanya Tuhan sahaja yang boleh menghukum kita. Tak perlulah nak sebarkan aib orang.

“Tak kisahlah sama ada dia artis atau orang biasa. Saya sedih dengar berita ini. Bukan sedih sebab dia melakukan perlakuan itu, namun tak perlu nak sebarkan.

“Diam-diam sahaja. Media pun tak perlu campur. Faham tak?” katanya.

Ujar pemilik nama lengkap Nur Fathiah Abdul Latiff, 36, itu lagi, dia berkata demikian kerana pernah berdepan dengan situasi serupa apabila aibnya disebarkan.

“Sebab saya pernah mengalaminya (aib disebarkan). Saya rasa perkara sebegitu tidak perlu, melainkan kalau awak rasa terancam, boleh sebarkan.

“Contohnya seperti kes menteri, isu fitnah dan perlakuan suami isteri. Bagi saya perkara sebegitu tidak perlu pun untuk disebarkan,” katanya.
Walaupun mengakui tentang hak kebebasan bersuara oleh masyarakat, namun pelakon drama Ariana Rose itu berkata, kebebasan tersebut bukanlah tiket untuk seseorang menyebarkan aib orang lain.

“Di Malaysia, semua orang boleh lontarkan pendapat dan bersuara. Tetapi bukanlah dengan mengecam atau menghina.

“Tak perlu nak sebarkan kejahatan orang. Saya bukan nak tunjuk pandai. Walaupun kita bebas bersuara, tetapi kita kena tahu gunakan kebebasan itu.

“Tak boleh sewenang-wenangnya untuk bercakap. Kejadian itu tidak terjadi ke atas diri awak pun, tetapi awak nak sebarkan aib dia pula,” tegurnya.

Pada masa sama, Fatiya turut mengingatkan pihak yang mempunyai kuasa, supaya untuk tidak menyalahgunakan kuasa mereka, kerana perkara sebegitu adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Kalau nak tangkap pun, tengok balik diri kita. Kalau pekerjaan itu memang untuk menangkap orang yang salah, kita tangkap sahaja tanpa menganiaya dia.

“Jangan salah gunakan kuasa. Salah guna kuasa pun boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk pihak media

“Namun kalau ada kuasa sekali pun, tak perlu memalukan orang. Tak kasihan ke? Jadi kesimpulannya, tak payah berlebih-lebihan. Buat diam sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI