fbpx

Sabah sumbang 54 peratus pengeluaran rumpai laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEMPORNA – Dianggarkan sebanyak 54 peratus rumpai laut negeri Sabah menyumbang kepada pengeluaran akuakultur nasional.

Jabatan Perikanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah bagi melihat dan melawat tapak pengeluaran rumpai laut di Semporna.

Katanya, lawatan tersebut bertujuan melihat salah satu penyumbang industri akuakultur kepada profil industri perikanan
negara.

“Sabah merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia dengan keluasan 72,500 kilometer persegi,dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur.

“Negeri ini juga berada dalam lingkungan Segitiga Batu Karang (Coral Tiangle) yang merupakan kawasan biodiversiti tinggi.

“Memiliki perairan yang luas dan terlindung dari ombak kuat serta subur, Sabah adalah penyumbang utama kepada pengeluaran rumpai laut negara melalui aktiviti akuakultur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Kappaphycus dan Eucheuma adalah antara spesies rumpai laut yang menyumbang dalam 54 peratus pengeluaran itu

“Pada tahun 2022 ternakan rumpai laut telah mencatatkan pengeluaran sebanyak 307,972 tan metrik (berat basah) dengan nilai RM247.105 juta dan melibatkan seramai 1,555 pengusaha dengan keluasan 4,464 hektar.

“Pada tahun 2023, pengeluaran rumpai laut negeri Sabah dianggarkan sebanyak 225,048 tan metrik (berat basah) dengan nilai RM100 juta.

“Kawasan utama ternakan adalah di Semporna (1,985 hektar, pengeluaran 97.52 peratus), Tawau (447 hektar, pengeluaran 2.38 peratis), Kunak (55 hektar, 0.08 peratus), Lahad Datu (510 hektar, 0.2 peratus) dan Kota Belud (8 hektar),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI