fbpx

280 rumah golongan asnaf akan dibaik pulih tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz menyimin rumah penerima bantuan MAInJ, di Kampung Sungai Kuali, Serkat, di Pontian, Johor, hari ini. Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI/ KOSMO!

PONTIAN – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan membaik pulih sebanyak 280 buah rumah golongan asnaf pada tahun ini dengan kos RM7 juta bagi memberi keselesaan kepada penghuninya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Nasri Ali berkata, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mendapat lima buah rumah untuk dibaik pulih dengan harga siling sebanyak RM18,000 sebuah.

Katanya, pemilihan bagi menentukan asnaf yang terpilih dan layak menerima bantuan tersebut ditentukan oleh tiga pihak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pejabat Daerah dan MAINJ.

“Peruntukan ini adalah pembayaran zakat oleh umat Islam di negeri ini dan MAINJ sebagai pengantara akan memulangkan semula kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf dan sebagainya.

“Pendekatan ini adalah cari kami menyantuni pembayar zakat supaya mereka mengetahui bayaran tersebut disalurkan termasuk bagi program baik pulih dan bina membaru rumah,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Program Baik Pulih Rumah Perdana MAINJ di Kampung Sungai Kuali, Serkat, di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tambah Nasri, selain baik pulih rumah, MAINJ juga memperuntukkan sebanyak RM8 juta bagi projek membina rumah golongan asnaf dan juga mereka yang memerlukan seperti mangsa bencana.

Katanya, bagi projek membina kediaman baharu , MAINJ menetapkan harga siling sebanyak RM65,000 ribu untuk sebuah rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI