fbpx

Hael Husaini beli rumah tiga tingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAEL HUSAINI

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini tinggal menyewa, kini penyanyi Hael Husaini sudah memiliki kediaman impian apabila membeli sebuah rumah tiga tingkat.

Menurut pelantun lagu Jampi itu, rumah yang baru dibeli tersebut terletak di Damansara Perdana, Selangor.

Kata Hael, 33, atau nama penuhnya Hal Husaini Razmi, sebelum ini dia tidak memandang serius keinginan memiliki sebuah rumah untuk dijadikan aset peribadi sebaliknya lebih selesa tinggal menyewa.

Malah, urusan pembelian rumah idamannya itu juga tidak berdepan sebarang masalah dan semuanya berjalan dengan lancar.

“Siapa yang tidak mahu memiliki rumah sendiri. Sebenarnya sudah lama saya memasang impian cuma tidak begitu serius untuk ke arah itu (membeli rumah).

“Sebelum ini saya lebih selesa menyewa. Hanya pada tahun ini baru saya betul-betul berusaha untuk memiliki sebuah rumah.

HAEL HUSAINI bergambar di hadapan rumah yang baru dibelinya.

“Proses untuk saya membeli rumah ini sebenarnya tidak begitu sukar dan hanya mengambil tempoh masa tiga ke empat bulan sahaja. Saya ada melihat beberapa rumah yang berpotensi bawah pemaju MK Land dan terus berminat dengan rumah yang diperkenalkan. Alhamdullilah semua dipermudahkan,” katanya kepada Kosmo Online!

Selain tinggal di rumah tersebut, Hael turut merancang untuk menjadikan kediamannya itu sebagai tempat berkumpul bersama teman rapat.

“Buat masa ini, hanya saya, anak perempuan, pengasuh dan pembantu peribadi yang akan tinggal bersama dengan saya di rumah baru. Keluarga saya yang lain sudah memiliki rumah sendiri.

“Namun, rumah ini nanti sememangnya akan menjadi tempat keluarga dan teman-teman saya datang berkumpul bila berkelapangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hael juga menyarankan kepada yang mahu memiliki rumah untuk tidak terburu-buru berbuat demikian.

Katanya, apabila tiba waktu yang sesuai, semua orang akan melalui fasa ingin memiliki sesuatu seperti pemilikan aset.

“Masing-masing ada hala tuju dan sasaran hidup sendiri. Ada juga yang lebih di bahagian lain. Saya ada rakan yang tiada aset tetapi hidupnya sangat tenang dan bahagia.

“Begitulah juga sebaliknya. Nikmati sahaja kehidupan yang akan membuat kita rasa selesa dan bahagia,” katanya.

Terdahulu, penyanyi dan juga komposer ini telah memuat naik sekeping foto dirinya yang berdiri di hadapan sebuah rumah tiga tingkat dengan kapsyen berbunyi ‘Ahamdulilah, berjaya tambah hutang’ dalam Instagramnya. -K! Online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI