fbpx

Tiga pasangan kembar ceriakan pembukaan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga pasangan kembar dari kiri Nik Nur Maisarah Sofia dan Nik Nur Maisarah Safiya Nik  Mohd Ridhuan, Aleeya dan Amalia Amaludin serta  Nur Aisyah dan Nur Adawiyah Hizwan ceria pada hari pertama sesi persekolahan bermula di SK (P) Sultan Ibrahim (SIGS), Johor Bahru. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU, 10 Mac – Sebanyak tiga pasangan kembar antara 1.44 juta murid tahun satu memulakan sesi persekolahan bermula hari ini melibatkan empat negeri dari kumpulan A.

Pasangan kembar tersebut merupakan murid dari SK (P) Sultan Ibrahim (SIGS) yang memulakan sesi pagi bersama kira-kira 200 murid tahun satu sekolah tersebut.

Guru Besar Rosmawati Mohamed berkata, terdapat beberapa lagi pasangan kembar yang belajar di sekolah tersebut.

Tiga pasangan kembar tersebut Nik Nur Maisarah Sofia dan Nik Nur Maisarah Safiya Nik Mohd Ridhuan, Aleeya dan Amalia Amaludin serta Nur Aisyah dan Nur Adawiyah Hizwan.

Terdahulu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Azman Adnan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin dan Pengarah Pendidikan Johor Hanafi Samad mengadakan lawatan serta meninjau perjalanan sesi persekolahan hari pertama sekolah tersebut.

Azman turut melawat kelas pra sekolah serta melawat kelas tahun satu serta beramah mesra dengan murid-murid.

Tinjauan Kosmo! di sekolah tersebut mendapati perjalanan kemasukan tahun satu berjalan lancar dengan kehadiran ibu bapa yang teruja melihat anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI