fbpx

134,380 murid, pelajar Terengganu kembali ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar mencium tangan ibunya sebelum memulakan sesi persekolahan baharu di SMK Serada, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 23,767 murid tahun satu memulakan sesi persekolahan 2024/2025 di 352 buah sekolah rendah seluruh Terengganu hari ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, selain itu, seramai 21,756 pelajar tingkatan satu juga mendaftar masuk di 154 sekolah menengah di seluruh negeri ini.

“Alhamdulillah, proses persekolahan hari pertama pagi ini berjalan lancar.

“Sebelum ini, sesi pendaftaran murid tahun satu dan pelajar tingkatan satu telah berlangsung beberapa hari sebelum ini,” katanya ketika ditemui memantau hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serada di sini hari ini.

Jelani berkata, secara keseluruhannya, seramai 134,380 murid sekolah rendah memulakan persekolahan mereka semalam termasuk 22,615 murid tahun dua; tahun tiga (22,757), tahun empat (21,912), tahun lima (21,730) dan tahun enam (21,599).

Tambah beliau, seramai 100,409 pelajar sekolah menengah turut memulakan persekolahan hari pertama mereka iaitu 21,303 pelajar tingkatan dua, tingkatan tiga (20,612), tingkatan empat (19,325) dan tingkatan lima (17,413).

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di beberapa sekolah di bandar raya ini mendapati kebanyakan murid tahun satu begitu bersemangat memulakan sesi persekolahan sambil ditemani ibu bapa masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI