fbpx

DBP cuit hati ramai dengan pantun curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pantun menerusi hantaran DBP di laman Facebook, hari ini.

PETALING JAYA – Pantun empat rangkap yang dimuat naik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP) mengenai kecurangan hari ini berjaya mencuit hati orang ramai yang cakna dengan isu semasa.

Melalui satu hantaran, DBP telah berkongsi pantun yang berbunyi; ‘Kalau selalu berbaju kutang, lambat laun pusat terdedah, kalau selalu berlaku curang, lambat laun mendapat musibah’.

Hantaran tersebut yang dilihat berkait dengan kontroversi yang melibatkan pelakon lelaki dan wanita ketika ini, disambut meriah dengan balasan pantun oleh pengguna Facebook di ruangan komen.

Bagaimanapun, pihak DBP menafikan bahawa hantaran mereka bersangkut-paut dengan mana-mana individu yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.

“Pokok pisang sudah berbuah, jantung terjulur panjang sekaki, orang curang sukar berubah, asyik terlanjur berkali-kali,” kata Juariah.

“Burung punai burung merbah, sarang di pohon jati, tidaklah akan pernah berubah, jika perangai sudah sebati,” kata Yuna.

Bagaimanapun, seorang pengguna tampil berbeza dengan pantun nasihat supaya kaum wanita merelakan sahaja suami berkahwin lagi untuk mengelakkan maksiat.

“Senduk sergah terus serang, bisakan kena tidak menentu, untuk cegah terus curang, relakan sahaja kalau bermadu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI