fbpx

JSJ Bukit Aman serbu pusat urut di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menggempur sebuah pusat urut di Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menggempur pusat urut di ibu negara tengah malam tadi tidak sampai 24 jam selepas terima aduan berhubung aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan.

Premis terbabit dipercayai berselindung di sebalik operasi mengurut untuk menjalankan aktiviti pelacuran dengan menggajikan pekerja warga asing.

Ops Noda Khas pukul 12.30 tengah malam itu dijalankan Bahagian Siasatan Khas (D9) JSJ Bukit Aman.

Seramai 13 wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut dan tiga penjaga kaunter terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki tempatan ditahan.

Menurut sumber, premis itu beroperasi setiap hari bermula pukul 3 petang hingga pukul 4 pagi dan dilengkapi dengan televisyen litar tertutup (CCTV).

Premis tersebut dipercayai menawarkan khidmat urutan badan dan seks dengan bayaran RM278 bagi sekali perkhidmatan.

Urusan pembayaran dilakukan di kaunter secara tunai dan pemindahan dalam talian.

“Antara barangan yang dirampas adalah wang tunai RM2158, satu salinan perniagaan, video dekoder, komputer tablet, kad perniagaan, kondom, gel pelincir dan tisu tandas,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut sumber itu, premis tersebut juga dapati menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Namun premis berkenaan pula mempunyai lesen perniagaan pusat urut refleksologi yang sah.

“Rakaman percakapan akan dibuat ke atas tangkapan bagi mengenal pasti individu yang terlibat di dalam aktiviti urutan badan yang dijalankan.

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/64c Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Tambah sumber, pemantauan premis akan dijalankan bagi memastikan tiada unsur maksiat dan jenayah dilakukan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI