fbpx

Kerajaan bakal sumbang RM50,000 untuk 100 tokoh wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

SUBANG JAYA – Seramai 100 tokoh wanita akan dipilih dan diberikan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi menjalankan program pembangunan wanita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada peringkat awal tokoh-tokoh tersebut akan dipilih mengikut kaedah yang diputuskan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri.

“Dalam 100 wanita ini, kita akan berikan dana khas supaya dengan dana ini mereka boleh memanfaatkan sama ada mengadakan kegiatan, kumpulan yang tidak semestinya terikat pada parti atau persatuan.

“Tetapi, dengan insiatif mereka pemimpin masyarakat atau politik menggunakan dana ini sebagai kesempatan, wahana untuk mencari jalan meningkatkan kegiatan, idea dan saranan wanita,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa di sini hari ini.

Anwar berkata, sekiranya langkah itu memperoleh kejayaan jumlah dana dan penyertaan tersebut akan dipertingkatkan menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Nancy berkata, satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan mengenai kriteria-kriteria yang layak untuk menerima dana tersebut.

“Kita akan mesyuarat dahulu, sebab kita tidak sangka pengumuman malam ini. Maka, kita perlu balik kepada kementerian untuk menentukan mekanisme dan juga kriteria yang layak menerima,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI