fbpx

Anwar gesa tindakan lebih tegas, pantas terhadap kes gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Majlis Sambutan Hari Wanita Kebangsaan, di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

SUBANG JAYA – Perdana Menteri menggesa tindakan lebih tegas dan pantas diambil terhadap sebarang aduan gangguan seksual.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masalah gangguan seksual ketika ini menggusarkan kerana turut melibatkan mangsa daripada golongan kanak-kanak.

“Saya telah arahkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih tegas, cepat dan pantas bertindak kepada mana-mana laporan yang dilakukan.

“Kita ada undang-undang tetapi tidak cukup kalau penguatkuasaan tidak berkesan. Jadi saya harap dengan jaminan daripada Ketua Polis Negara hal ini dapat kita atasai dengan sebaik mungkin,” katanya semasa berucap pada majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, di sini hari ini.

Anwar berkata, adalah memalukan apabila negara Madani, bicara soal nilai dan akhlak tetapi masih menerima laporan dan berita yang sangat mengaibkan.

“Akta Anti Gangguan Seksual 840 dikuatkuasakan sepenuhnya dan tribunal bagi anti gangguan seksual akan mula beroperasi sebagai satu platform alternatif mengendalikan aduan gangguan seksual yang cepat, mudah dan kos yang minimum,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI