fbpx

Pekerja kilang maut rempuh Alphard buat pusingan U balik Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa yang remuk setelah merempuh Toyota Alphard di Lebuh Raya Linkedua, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki maut setelah motosikal Yamaha Tracer yang ditunggangnya merempuh bahagian kanan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membuat pusingan U di Kilometer 1.4 Lebuh Raya Linkedua arah Utara, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 42 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Singapura dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu Toyota Alphard yang berusia 33 tahun telah membuat pusingan U untuk pulang ke republik itu. Mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi MPV itu.

“Pelanggaran yang kuat itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Rahmat berkata, pemandu Toyota Alphard serta tiga penumpang lain berusia 31 hingga 60 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI