fbpx

Amaran hujan berterusan di Sarawak sehingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak sehingga Ahad.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, antara kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian dan Samarahan.

“Amaran turut dikeluarkan buat kawasan-kawasan lain seperti Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Katanya, cuaca buruk diramal di Pahang (Rompin) dan Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

“Selain itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) turut diramal cuaca yang sama.

“Di Johor antara kawasan yang dijangka berdepan ribut petir pula adalah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI