fbpx

Gol Vardy ceriakan Leicester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARDY meledak gol kemenangan ketika Leicester berjaya menewaskan Sheffield 2-1 kelmarin. – AFP

SHEFFIELD – Gol kemenangan yang dijaringkan Jamie Vardy ketika waktu kecederaan menyelamatkan maruah Leicester City apabila menang 2-1 ke atas Sheffield United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Bramall Lane malam kelmarin.

Selepas gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan terakhir, skuad kendalian Brendan Rodgers itu akhirnya memperoleh tiga mata meskipun ia memerlukan masa sehingga 93 minit permainan.

Selain Vardy, pemain tengah, Ayoze Perez turut mencetak nama selaku penjaring buat Leicester, sementara gol tuan rumah dijaringkan Oliver McBurnie.

“Satu kemenangan yang sangat penting untuk kami kerana kami mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan sebelum ini, jadi saya sangat lega kerana badi itu sudah berakhir.

“Kami semua tahu saingan Liga Perdana bukannya mudah kerana semua pasukan mampu melakar kejutan. Saya gembira kerana pemain menunjukkan kombinasi yang sangat bagus hari ini (kelmarin),” kata Rod­gers.

Bagaimanapun, bekas pe­ngen­­dali Liverpool itu me­ngakui mereka bernasib baik untuk mencatat kemenangan memandangkan Sheffield dianggap antara pasukan yang liat untuk ditewaskan.

“Memang kami berhak untuk menang tetapi ia turut memerlukan nasib kerana Sheffield adalah sebuah pasukan yang memiliki pertahanan kukuh. Saya gembira kerana berjaya bawa pulang tiga mata,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI