fbpx

PM mahu Felda, LTAT sedia laporan penuh dalam dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama jemaah ketika menunaikan solat di IPD Putrajaya, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menyerahkan laporan penuh dalam masa dua minggu susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, notis mengenai perkara itu sudah diserahkan kepada agensi berkenaan sebelum dipertimbangkan Kabinet.

“Kita nak laporan lengkap supaya beberapa kelemahan diperbaiki dan ada apa-apa yang terlibat, kurang baik, terpaksa kita ambil tindakan,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Amaniah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, hari ini.

Ditanya sama ada perlu ada jawatankuasa khas bagi menyiasat kerugian dialami dua entiti berkenaan, Anwar berkata, buat masa ini beliau perlu meneliti laporan berkenaan terlebih dahulu.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru ini mendedahkan FELDA mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI