fbpx

Raja Zarith Sofiah titah hormati, santuni wanita dengan lemah lembut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2024 kepada semua wanita hari ini.

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2024 kepada semua wanita di Malaysia.

Menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Raja Zarith Sofiah bertitah supaya kaum wanita dihormati dan disantuni dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.

“Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyeru rakyat menghargai wanita dan hormati serta santunilah mereka dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang kerana mereka juga berperanan dalam membantu kepada pembangunan negara,” menurut hantaran di laman Facebook tersebut hari ini.

Menurut laman Facebook itu, dengan tema sambutan pada tahun ini ‘Wanita Dijulang Negara Gemilang’, Raja Permaisuri Agong turut menzahirkan penghargaan kepada semua wanita.

Raja Zarith Sofiah bertitah, wanita menggalas pelbagai tanggungjawab sama ada sebagai isteri, ibu serta pelbagai bidang pekerjaan yang diceburi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI