fbpx

[VIDEO] Remaja Melaka nyaris lemas di Pantai Pandak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki (tiga dari kanan) yang diselamatkan daripada lemas di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tindakan pantas seorang nelayan melemparkan pelampung menyelamatkan seorang remaja lelaki yang lemas sewaktu mandi di Pantai Pandak, Chendering di sini hari ini.

Mangsa berusia 17 tahun dikatakan ditarik ombak semasa mandi di pantai peranginan tersebut pada pukul 9 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bersama ahli keluarganya beriadah di Pantai Pandak.

“Mereka sekeluarga yang berasal dari Melaka dikatakan sedang bercuti di negeri ini sempena musim cuti persekolahan. Ketika sedang mandi di pantai itu, mangsa tiba-tiba di tarik ombak hingga ke tengah laut,” katanya di sini hari ini.

Rozizah berkata, remaja lelaki itu bernasib baik insiden terbabit disedari sekumpulan nelayan tradisional yang sedang menangkap ikan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mangsa sempat berpaut pada pelampung dilemparkan oleh nelayan terbabit sebelum ditarik naik ke dalam bot.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke tepi pantai dan dia yang kelihatan lemah terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI