fbpx

Anwar ucap selamat Hari Wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh kaum wanita terutamanya di Malaysia.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menyampaikan ucapan berkenaan khusus buat isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Semoga kaum ibu terus cekal menjadi tonggak penting dan kelangsungan masyarakat.

“Penghargaan yang setingginya kepada Azizah (Wan Azizah) kerana terus bersama dalam perjuangan yang panjang ini dalam merubah sistem dan membetulkan kepincangan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, Hari Wanita disambut bagi menghargai peranan dan tanggungjawab golongan wanita dalam membangunkan tamadun dan masyarakat.

Menurut beliau, sambutan berkenaan juga memastikan wanita diberi tempat selayaknya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat mampan.

Justeru, katanya, Kerajaan Perpaduan kekal tegas dan konsisten dalam membela hak wanita serta memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak kalangan wanita terus diperteguh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI